Ahad, 3 Jun 2012

Fakta tentang dunia part 14(last page)

1)Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di 
kulit atau terbakar. 

2)Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New 
Zealand. 

3)Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 
18.5 meter persegi. 

4)Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali 
berat badannya dalam masa 56 hari. 

5)Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air 
berbanding udara dalam suhu yang sama. 

6)Kucing tidak boleh merasa rasa manis. 

7)Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.s

Fakta tentang dunia part 13

1)Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada 
sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi. 

2)Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak 
kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara. 

3)Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi 
ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau 
tidur. 

4)Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja 
mengangkat satu tan barang ke tingkat lima. 

5)Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100 
juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun. 

4)Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari 
England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang 
digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya. 

5)Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra' 
yang bermaksud liar atau terbiar. 

6)Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap 
batang rokok yang tidak dihisap. 

7)Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus 
sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok. 

8)Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier 
telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 
3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak. 

9)Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya 
telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera. 

10)Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 
otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka 
anda. /font 


Fakta tentang dunia part 12

1)Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi. 

2)Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun. 

3)Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap 
jari pada manusia. 

4)Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa 
saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah 
atau kuning. 

5)Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu 
mudah bangun pagi. 

6)Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu 
mengurangkan berat badan. 

7)Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan. 

8)Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 
988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas 
kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara. 

9)Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di 
pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki. 

10)Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai 
9,350 selekoh bagi pelumbanya. 


Fakta tentang dunia part 11

1)Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat 
gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat 
mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan 
hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga 
kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di 
negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan 
yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi 
menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih 
boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap 
(menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba. 

2)Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita. 

3)Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak 
sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan 
kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

4)Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright 
untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan 
dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'. 

5)Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E 
manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan. 

6)Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat 
Amerika Syarikat mati tercekik. 

7)Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A. 

8)Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga 
merah di permukaannya. 

9)Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk 
berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954. 

10)Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad, 
Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia. 


Fakta tentang dunia part 10

1)Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama 
lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan. 

2)Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke 
udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950 
kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling 
lebih berat di bahagian `kepala'. 

3)Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai 
tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati. 

4)Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani 
dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak 
dalam drama Shakespeare. 

5)Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang 
jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam 
lubang di bumi. 

6)Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau 
luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak 
bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat. 

7)Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama 
itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas 
ia dibawa keluar dari negara itu. 

8)Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan 
akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'. 

9)Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap 
dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau 
sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan 
lapisan usus. 

10)Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada 
manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama 
cuma lebih lebat. 


Fakta tentang dunia part 9

1)Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 
5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi. 

2)Gajah Afrika hamil selama 640 hari. 

3)Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 
7,000 orang. 

4)Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd 
Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland. 

5)Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di 
universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan 
Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah 
seorang kawannya. 

6)Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi 
meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya. 

7)Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar 
Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan 
hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa. 

8)Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat 
takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi 
mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak 
mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami 
masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi 
miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah 
terpahat di dahi. 

9)Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun 
begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui 
cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui 
cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis 
bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, 
maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan 
sehingga ke hari ini. 

10)KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang 
berpasir di Himachal Pradesh, India. Ia menjadi sebuah perkampungan 
tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian 
4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di 
musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang 
lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan 
yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan 
menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia 
berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik, 
jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta 
klinik. 

1)Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap 
hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa 
sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 - 
100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat 
peruntukan pembelian senjata dunia. 

2)Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang 
dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang 
suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar 
Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. 
Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih 
berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri 
Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai 
isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda 
cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil 
masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653. 
Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh. 

3)Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh 
rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri 
bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya 
menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut 
adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup. 

4)Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga 
ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada 
23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan 
puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan 
pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah 
menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari 
Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai 
ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa 
peralatan untuk penggambaran yang paling berat. 

5)Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas, 
Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling dalam di dunia. 
Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter. 
Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi 
yang luarbiasa. 

6)Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang 
embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah 
berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang 
yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY. 
Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan 
hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut. 

7)Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand. 
Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan 
getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta. 

8)Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports 
Illustrated pernah menampilkan enam pesonaliti yang sama pada muka 
depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson, 
Mary Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan 
pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu. 

9)Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki 
perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah 
117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa 
bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi. 

10)Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam 
atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan 
tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar 
10 meter.