Ahad, 3 Jun 2012

Fakta tentang dunia part 5

1)Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat 
jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang 
semasa haiwan itu melompat. 

2)Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar 
code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama 
yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys. 

3)Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut 
pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam. 

4)Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh 
menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu. 

5)Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya 
adalah satu juta bagi setiap orang. 

6)Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang 
tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras. 

7)Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke 
puncak Menara Eiffel. 

8)Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul 
bermakna `ibu negara'. 

9)Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia 
akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya. 

10)Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung 
berapi paling besar dalam sistem solar. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan