Ahad, 3 Jun 2012

Fakta tentang dunia part 7

1)Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral 
dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan 
tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga 
ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia 
dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar 
beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia. 

2)Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan 
lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung 
pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang 
hamil. 

3)Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal 
dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi 
dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.

4)Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 
1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda 
untuk "menghiburkannya". Di luar istana Jahangir, dia memelihara 
12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor 
rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 
10,000 ekor burung merpati. 

5)Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika 
India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi 
kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan 
ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah 
30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut 
akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan 
sebahagian besar muka bumi. 

6)Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke 
kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang 
menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik 
canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki 
dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya 
dilekatkan di kocek baju. 

7)Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana 
kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan 
US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding 
US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau 
US$2,000 dengan senjata konvensional. 

8)Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali 
pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati 
kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh. 

9)Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan 
kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai 
vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan 
tenaga. 

10)Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak 
sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen 
setiap 20 minit. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan