1)Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di
dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh
dunia.
2)Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika
dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.
3)Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh
membesar sehingga 2 meter panjang.
4)Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar
tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan
isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.
5)Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret
Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and
Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai
rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.
6)Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.
7)Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak
daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.
8)Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman,
seorang agen insurans.
9)Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro,
menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun
1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan"-
sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!
10)Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh
David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan