Ahad, 3 Jun 2012

Fakta tentang dunia part 3

1)Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk 
jantung. 

2)Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 
darjah Celcius. 

3)Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia. 

4)Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer. 

5)Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya. 

6)Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga. 

7)Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 
telur setiap hari. 

8)Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - 
di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 
peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras 
air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, 
sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan. 

9)Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun 
dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 
meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat 
apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah 
daripada membuat terowong bawah laut. 

10)Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut 
ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan