Ahad, 3 Jun 2012

Fakta tentang dunia part4

1)Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih 
berat badannya dalam masa 36 jam.


2)Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang 
kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak- 
kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali 
ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah. 

3)Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya 
boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji 
lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam. 

4)Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari 
sentiasa siang. 

5)Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang 
dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara 
betina menghasilkan bunyi yang berdesir. 

6)Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, 
anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan 
kopi. 

7)Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila 
bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air 
terjun ini. 

8)Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ 
itu melekat pada lelangit. 

9)Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit 
ialah seberat 1.36 kg. 

10)Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus 
menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan