Ahad, 3 Jun 2012

Fakta tentang dunia part 6

1)Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan 
sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap. 

2)Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada 
tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang 
dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas 
tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini. 

3)Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut 
taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya 
tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini 
memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. 
Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan 
gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan 
melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian. 

4)Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar 
daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan 
berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang 
lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan 
dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman 
sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan 
kebodohan sendiri. 

5)Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa 
untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap 
haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan 
terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga 
pemburu sampai. 

6)Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. 
Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red 
Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang 
sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini 
disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah 
kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 
2500 SM. 

7)Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian 
dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet 
telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga 
tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan 
pelbagai jenis penyakit polio. 

8)Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona 
Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk 
menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu 
berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja 
dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang 
lebih dewasa daripadanya. 

9)Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella 
mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah 
untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln. 
Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia 
menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa 
manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan. 

10)Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah 
pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari 
1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan 
semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955 
apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan